the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penganggur mengaku salah bunuh ibu bapa

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh ibu dan bapanya, yang mayat mereka ditemukan dalam keadaan berlumuran darah, hujung tahun lepas.

Afendi Muhammad Agus@Muhamed Ali, 43, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim K. Muniandy pada prosiding sebutan kes hari ini.

Mengikut pertuduhan dia didakwa membunuh Muhammad Agus@Muhamed Ali Omar, 82, dan Darlisma Njatu Saleh, 72, di sebuah rumah di Brickfields di sini pada 7.10 malam dan 7.20 malam, 9 Dis 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Hakim Muniandy meminta peguam Mohd Ruzaini Zulkifli mendapatkan kepastian sama ada tertuduh berhasrat mengekalkan pengakuan bersalah.

Bagaimanapun, tertuduh tetap mengekalkan pengakuannya walaupun diberi penjelasan sebab dan akibat pengakuan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Ruzaini juga memaklumkan mahkamah bahawa beliau baharu dilantik dan memohon tarikh sebutan ditetapkan bagi beliau meneliti dokumen kes ekoran pengakuan salah tertuduh, yang tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Ishak.

Mahkamah kemudian merekodkan bahawa tertuduh memahami sebab dan akibat pengakuan salahnya serta menetapkan 10 Okt ini untuk sebutan semula kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings