the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penggerak Komuniti Negara minta siasat Lokman didakwa hina Agong

IPOH: Penggerak Komuniti Negara Negeri Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Datuk Lokman Noor Adam yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi media sosial, baru-baru ini.

Pengerusinya, Yushairil Iswan Ahmad Rohaini berkata berdasarkan klip video yang dimuat oleh Lokman di YouTube pada Sabtu lalu, beliau secara jelas menghina Al-Sultan Abdullah apabila mendakwa Seri Paduka Baginda merestui dan membenarkan peralihan kuasa secara ‘pintu belakang’.

“Beliau (Lokman) juga sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang dilakukan Yang di-Pertuan Agong pada 29 Feb lalu sebagai pelantikan secara pintu belakang.

“Kenyataan Lokman merupakan satu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai pemimpin tertinggi di negara ini, dan ia satu dakwaan yang sangat serius,“ katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan di Balai Polis Sungai Senam, di sini, hari ini.

Justeru, Yushairil Iswan meminta pihak berkuasa menyiasat penghinaan yang dilakukan Lokman terhadap Yang di-Pertuan Agong dan mengambil tindakan ke atas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.

Klip video Lokman berdurasi 27 minit 8 saat di Youtube bertajuk “13 Oktober, Tragedi Tumbangnya Kerajaan Muhyiddin?” itu tular sejak Sabtu lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology secures transformational US$2.5 billion five-year AI GPUaaS compute contract

Gorilla Technology Group (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that it has signed a five-year AI compute infrastructure contract with a high investment-grade global technology customer for deployment at the NeutraDC Batam data centre in Indonesia.

Founders Metals Hits 53.1 m of 1.21 g/t Au from Surface in New Zone...

(TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces drill results from the Upper Antino target area at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings