the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penggunaan AI perlu seimbang dengan budaya membaca, berfikir secara kritikal – PM

KUALA LUMPUR: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam pembelajaran jika pelajar tidak meninggalkan budaya membaca dan berfikir secara kritikal untuk menimba ilmu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehubungan itu pelajar tidak digalakkan bergantung sepenuhnya kepada AI, sebaliknya menjadikan ia sebagai kekuatan baharu untuk membantu menambah ilmu yang dipelajari.

“Anda boleh bergantung (pada AI). Cuma jangan tinggalkan yang asas. Anda perlu membaca, belajar dan berfikiran kritis baru boleh memanfaatkan AI dengan sebaiknya. Kebergantungan keterlaluan kepada AI (menyebabkan) kita tak baca lagi dah (buku) dan (cari) semua jawapan di Google. Tapi di Google itu jawapannya (secara) rumusan dan ringkasan.

“Yang tidak kita lakukan adalah membaca. Membaca itu adalah apabila kita menelaah buku, lihat daripada keseluruhan pemikiran, kita tidak ambil (hanya) satu cebisan (ilmu),” katanya dalam program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.

Menurut perdana menteri lagi, selain mengambil kira maklumat atau kandungan yang dikeluarkan oleh AI, konteks kepada output itu juga memainkan peranan yang penting.

Sehubungan itu, beliau berkata walaupun kandungan yang dikeluarkan oleh AI itu tepat, namun tidak bermakna konteks kepada maklumat itu juga bertepatan.

“Bukan bermakna maklumat (daripada AI itu tidak betul tetapi konteks juga kadang-kadang tidak betul. Dalam apa-apa pun, termasuk belajar al-Quran ada teks (kandungan) dan konteks, ada ayat, tafsir dan takwil. Itu daripada awal kita dilatih untuk apa yang disebut sebagai terjemahan and tafsiran,” katanya.

Selain itu, Anwar turut menyentuh mengenai ketaasuban sesetengah individu terhadap penggunaan peranti, yang menurut beliau hal itu bukan masalah baharu sebaliknya telah dikenal pasti sejak 1980-an dengan kehadiran komputer.

Jelasnya kebergantungan kepada peranti tidak dapat menggantikan nilai kemanusiaan dan hubungan sesama ibu, bapa, keluarga dan sahabat yang terkesan akibat ketaasuban menggunakan alat itu.

“Pemikir-pemikir masa itu (1980-an) dalam bidang pendidikan sudah beri amaran, bimbang anak muda hanya tergantung kepada peranti (gadget) dan meninggalkan budaya membaca,” katanya.

Sementara itu, Zambry dalam majlis sama berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan AI di seluruh universiti dengan memulakannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau berkata pendekatan itu bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam mempelajari teknologi berkenaan dalam pengajian mereka.

“Cuma yang menjadi persoalan bagaimana kita mahu mewujudkan pembelajaran bermakna (deep learning), kerana ada dua kemungkinan. Apabila kita menggunakan AI ini, kita akan akan melaksanakan pembelajaran bermakna.

“Tetapi kita ada satu yang bahaya, iaitu deep fake (teknologi pemalsuan video, suara, imej) . Kita ingat benda itu betul tapi sebenarnya tidak betul. Inilah cabaran dunia pendidikan (dan kita sedang buat) persiapan di peringkat KPT,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings