the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penggunaan spektrum, frekuensi berbeza dikaji atasi masalah liputan dalam bangunan – Fahmi

SEOUL: Malaysia akan mengkaji penggunaan spektrum dan frekuensi yang berbeza seperti digunakan di Korea Selatan bagi mengatasi masalah liputan Internet dalam bangunan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata keberkesanan kaedah itu telah dibuktikan di Korea Selatan yang turut menghadapi masalah sama sebelum ini.

“Mereka (LG U+) memaklumkan satu penyelesaian melibatkan satu frekuensi, satu spektrum. Jadi saya minta MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) teliti dapatan dan pandangan daripada pihak LG U+ sekiranya ia sesuai dan boleh dimanfaatkan di Malaysia, kita akan usahakan proof of concept (bukti konsep),” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Fahmi mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Eksekutif LG U+ Johan Sue-hyun Chung dan pegawai kanan syarikat telekomunikasi itu, serta mendengar taklimat berhubung status liputan rangkaian 5G di Korea Selatan.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng.

Fahmi turut diberi taklimat mengenai aplikasi kecerdasaan buatan (AI) yang dibangunkan LG U+ untuk membantu pengguna menjawab panggilan telefon selain mengesan sekiranya ia mempunyai unsur-unsur penipuan.

Selain itu, beliau juga dibawa melawat LG Sciencepark bagi melihat sendiri kompleks pusat penyelidikan serta kajian terbesar di Korea Selatan yang mempamerkan produk syarikat itu dalam bidang automotif dan logistik menggunakan teknologi AI.

Dalam pada itu, Fahmi meminta pihak Telekom Malaysia (TM) dan LG U+ melihat potensi kerjasama bagi pelaksanaan 5G khususnya untuk syarikat tempatan dalam sektor perindustrian dan perusahaan.

Ditubuhkan pada 1996, LG U+ ialah syarikat telekomunikasi terkemuka Korea Selatan yang diiktiraf untuk 5G, jalur lebar dan IoT yang canggih.

Fahmi kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Korea Selatan.

Beliau antara lain akan menyampaikan ucap tama pada persidangan GSMA Mobile 360 APAC dan meneroka peluang kerjasama baharu dalam industri perfileman, serta bertemu wakil pengurusan syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan input berkait kesalinghubungan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings