the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penghantar barang didakwa edar syabu 112.48kg

SEREMBAN: Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu seberat 112.48 kilogram, 9 Dis lepas.

D. Dkrishna Roa, 31, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Dia didakwa mengedar dadah itu di sebuah tokong di Jalan Tuanku Antah, dekat sini kira-kira 8.55 malam, 9 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, boleh disebat tidak kurang daripada 15 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya P. Pusha manakala peguam A. Partheeban mewakili tertuduh.

Mahkamah menetapkan 21 Feb tahun depan untuk serahan laporan kimia dan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings