the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang pengurus sebuah syarikat kerugian RM2.56 juta selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan mata wang kripto tidak wujud, yang menjanjikan pulangan pelaburan antara 10 hingga 50 peratus.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

“Bagi tujuan pelaburan, mangsa membuat 26 transaksi bayaran ke 14 akaun bank berbeza. Mangsa kemudiannya melihat akaun pelaburannya menjana keuntungan, namun dia diarahkan untuk membuat pelbagai bayaran lagi jika ingin mengeluarkan wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata mangsa tampil membuat laporan polis pada 7 Feb lepas dan setakat ini polis telah menerima 44 laporan berhubung penipuan pelaburan syarikat yang sama, dengan nilai kerugian lebih RM33 juta.

Beliau berkata sindiket terlibat menggunakan teknologi terkini untuk memperdaya mangsa sehingga menyebabkan mangsa mempercayai mereka telah mendapat keuntungan.

“JSJK ingin mengingatkan bahawa hampir semua kes melibatkan mata wang kripto yang dilaporkan sebenarnya penipuan. Pelabur hanya diperdaya melalui paparan laman web mengenai laba yang diperoleh sehingga ada yang mencecah puluhan juta ringgit,” katanya.

Ramli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan mengingatkan individu yang telah menyertai skim pelaburan itu untuk menghentikan sebarang urusan pembayaran kepada syarikat terbabit serta segera tampil ke balai polis untuk membuat laporan.

Beliau berkata orang ramai perlu melaksanakan semakan terperinci sebelum menyertai skim pelaburan terutama yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan.

“Dapatkan maklumat lanjut daripada sumber-sumber rasmi seperti portal Semakmule CCID, senarai amaran Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Toblerone presents ” The Ultimate Gift “: The Toblerone Crystal Bar crafted by Swarovski

An iconic Swiss chocolate brand meets one of the world's most celebrated names in crystal artistry to bring 'Never Square' to life. Creating something unexpected, something beautiful, and something that gives back: Toblerone today announces The Ultimate Gift.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings