the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengurus rugi RM81,050 ditipu skim pelaburan tidak wujud

KUALA TERENGGANU: Seorang pengurus kedai kerugian RM81,050 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud di aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata pada 27 April lepas mangsa lelaki berusia 46 tahun itu ditawarkan satu skim pelaburan saham oleh seorang wanita tidak dikenali.

Beliau berkata suspek telah memujuk mangsa dan menjanjikan pulangan keuntungan hingga 400 peratus.

Mangsa yang terpedaya dengan tawaran itu telah membuat lapan transaksi berjumlah RM81,050 antara 1 hingga 22 Mei lepas.

Beliau berkata mangsa yang cuba mendapatkan pulangan pelaburan telah disekat daripada kumpulan WhatsApp yang diwujudkan untuk berhubung dan memantau pelaburan.

“Mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings