the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga kedai makan rugi RM69,900 ditipu penyamar pegawai MCMC

Seorang peniaga kedai makan di Jempol kerugian RM69,900 selepas terpedaya penipuan penyamar pegawai MCMC yang dakwa akaunnya terlibat jenayah.

JEMPOL: Seorang peniaga kedai makan kerugian RM69,900 selepas terpedaya dengan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata mangsa lelaki berusia 49 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali pada 9.30 pagi semalam.

Mangsa diberitahu nombor telefonnya telah disalah guna dan akaun banknya kononnya terlibat dengan kegiatan penipuan serta pengubahan wang haram.

BACA: Warga emas rugi hampir RM470,000 ditipu skim pelaburan palsu di TikTok

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat beberapa pembayaran ke akaun bank diberikan atas alasan untuk siasatan audit,“ kata Norhisham.

Mangsa seterusnya membuat 16 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM69,900 sebelum menyedari dirinya ditipu.

Selepas membuat laporan, pegawai penyiasat mengarahkan mangsa menghubungi Pusat Respons Scam Nasional (NSRC) di talian 997 bagi tujuan penyekatan akaun terlibat.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings