the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penting bagi ibu bapa pilih taska berdaftar pastikan keselamatan anak

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka.

Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia (PPBM) Anisa Ahmad berkata garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menetapkan bahawa menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memilih taska berdaftar sebelum menghantar anak-anak mereka.

“Pastikan taska mempunyai sijil sah daripada JKM dan jika anak menunjukkan ketidakselesaan yang berterusan di taska, pertimbangkan untuk mencari taska lain.

“Di Malaysia terdapat 3,804 taska berdaftar, sementara pengasuhan di rumah hanya perlu memberitahu kepada JKM tanpa perlu berdaftar,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV hari ini.

Anisa juga menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan mental pengasuh selain mengingatkan pengusaha taska untuk memantau dan menyokong kesejahteraan mental pekerja mereka bagi memastikan keselamatan kanak-kanak.

“Kami juga berharap ibu bapa saling membantu dan jangan terlalu menekan pengasuh,” katanya.

Beliau turut menasihati ibu bapa supaya memeriksa taska secara peribadi semasa proses pemilihan dan bukan hanya bergantung kepada ulasan dalam talian atau cadangan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings