the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perak catat lebihan pendapatan RM85 juta pada 2025

Kerajaan Negeri Perak catat lebihan pendapatan RM85 juta pada 2025, menandakan pemulihan ekonomi negeri yang stabil selepas tiga tahun defisit.

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menutup tirai 2025 dengan prestasi kewangan yang memberangsangkan apabila sekali lagi merekodkan lebihan pendapatan berjumlah RM85 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pencapaian itu mencerminkan pemulihan ekonomi negeri yang semakin stabil dan berdaya tahan.

Beliau berkata kejayaan itu adalah hasil tadbir urus kewangan yang berhemat, pengurusan perbelanjaan tersusun serta kestabilan politik berterusan.

Ia turut membuktikan keupayaan kerajaan negeri memulihkan kedudukan kewangan Perak selepas pernah berdepan situasi mencabar apabila mencatatkan defisit selama tiga tahun berturut-turut.

“Alhamdulillah, hari ini Perak bukan sahaja kembali stabil, malah berada di landasan yang tepat untuk terus berkembang secara mampan,” katanya ketika berucap pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya.

Saarani berkata pertumbuhan ekonomi negeri turut dipacu oleh pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi.

Projek tersebut antaranya Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), dan Perak Halal Industrial Park (HIP).

Kesungguhan kerajaan negeri itu turut mendapat pengiktirafan Kerajaan Persekutuan apabila sebahagian besar projek berkenaan disenaraikan dalam Belanjawan 2026 serta Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Namun, kejayaan ini bukan milik pentadbiran kerajaan semata-mata, sebaliknya hasil usaha bersama seluruh rakyat Perak,” katanya.

Beliau berkata sumbangan itu merangkumi penjawat awam, usahawan kecil, anak muda serta masyarakat di bandar dan desa yang bersama-sama memacu kemajuan negeri.

Dalam pada itu, Saarani turut menyeru seluruh rakyat Perak agar terus bersatu padu dan memanfaatkan sepenuhnya penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

“VM2026 adalah peluang besar untuk Perak. Rakyat perlu bersama-sama menjayakannya demi memastikan negeri ini terus menjadi destinasi pelancongan pilihan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings