the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perlis lancar kalendar pelancongan 2026 dengan acara antarabangsa

Kalendar Acara Pelancongan Perlis 2026 tampilkan program antarabangsa seperti World Kite Festival bagi merancakkan Tahun Melawat Perlis

KANGAR: Kalendar Acara Pelancongan Negeri Perlis 2026 merangkumi beberapa program utama termasuk bertaraf antarabangsa dalam usaha merancakkan penganjuran Tahun Melawat Perlis 2024-2026 (TMP 2024-2026) yang menyasarkan kedatangan lima juta pelancong tahun ini.

Menteri Besar Abu Bakar Hamzah berkata program bertaraf antarabangsa antaranya ialah Konvensyen Sunah Antarabangsa Perlis yang akan berlangsung pada 30 Jan hingga 1 Feb, World Kite Festival@Perlis (10 hingga 11 Feb) dan Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis (4 hingga 6 Sept).

Selain program bertaraf antarabangsa itu, beliau berkata terdapat juga penganjuran Pesta Sauk Sotong Perlis (24 hingga 25 Jan), Pesta Angin Timur Perlis (6 hingga 8 Feb) serta Festival Rakyat 3.0 dan Citrawarna (22 hingga 24 Mei).

“Kita juga ada nafas baharu kempen TMP 2024–2026 dengan slogan ‘Hampa Nak Pi Mana? Mai Lah Perlis’ yang memberikan fokus kepada lima segmen utama, iaitu The Great Northern Escape (pelancongan alam dan pengembaraan).

“Segmen lain ialah Agro-Tourism & Flavours of Perlis (pelancongan gastronomi), Rustic Charm & Slow Living (relaksasi), Muslim Friendly Offering serta Border Crossings & Cultural Fusion (beli-belah dan warisan),” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Tahun Melawat Perlis 2026 dan Kalendar Acara Pelancongan Negeri Perlis 2026 di Dewan Warisan, di sini malam tadi.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Abu Bakar berkata penubuhan Biro Pelancongan, Seni, Budaya, Hiliran dan Warisan di bawah Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Perlis akan membantu penyelarasan, khidmat nasihat serta pelaksanaan program pelancongan negeri.

“Pelancongan adalah antara pemacu utama sumber ekonomi rakyat Perlis. Usahakanlah, manfaatkanlah, peliharakanlah dan perjuangkanlah sektor ini demi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings