the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perluaskan program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran negara – Nancy

KUCHING: Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada kadar kelahiran di negara ini yang semakin menurun, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata penganjuran majlis sedemikian juga membantu pasangan muda, khususnya dari sudut ekonomi memandangkan mereka tidak perlu menanggung kos pernikahan yang tinggi.

“Kalau buat majlis (pernikahan) sendiri, sama ada di masjid atau rumah, mereka kena bayar sewa ruang sekali, jadi dapat kita lihat bagaimana kerajaan boleh membantu untuk berkolaborasi (dengan majlis agama negeri).

“Penganjuran sebegini perlu dipertingkatkan dan mudah-mudahan dapat menambah bilangan penduduk kita di Sarawak dan seterusnya Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas program Akad Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana, di sini, hari ini.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada Oktober lepas, kadar kesuburan penduduk Malaysia telah menurun dengan mendadak sejak lima dekad lepas, dengan bilangan anak bagi seorang wanita pada 2022 hanya 1.6 orang berbanding 6.7 orang pada 1957, sekali gus menjadikan kadar itu paling rendah pernah dicatat dalam negara.

Berikutan itu, Nancy dilaporkan berkata kementeriannya akan melaksanakan kempen berkaitan pembinaan keluarga bermula tahun depan, seperti penganjuran seminar bagi menggalakkan orang muda berkahwin seterusnya membina keluarga.

Terdahulu, Nancy menyaksikan seramai 30 pasangan selamat diijabkabulkan pada program Akad Semarak Ummah 2023 yang dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings