the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perobohan lebih 500 rumah haram atas tanah MUIS ditangguhkan

LABUAN: Kerja-kerja perobohan lebih 500 struktur haram di atas tanah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Kampung Gersik di sini ditangguhkan kepada 28 Feb, 2024.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman berkata keputusan itu susulan maklum balas kepada nasib penduduk terjejas dengan memberi mereka masa tambahan untuk mencari rumah alternatif.

Suhaili berkata beliau telah menghubungi pegawai MUIS mengenai perkara itu, menekankan perlunya empati dan kefahaman terhadap individu terlibat.

“Saya telah menyampaikan desakan menangguhkan perobohan itu kepada pegawai MUIS dan mereka bersetuju untuk melanjutkan (masa mencari rumah) hingga akhir Februari tahun depan,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pada Sabtu, hampir seribu penduduk terjejas berkumpul di balai raya Kg Gersik untuk bertemu dengannya dan berkongsi kesukaran mereka mendapatkan rumah sewa mampu milik di tempat lain.

“Mereka ini akan kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata jika perobohan diteruskan, kerana mereka tidak mempunyai tempat perlindungan untuk keluarga mereka.

“Semasa menguatkuasakan undang-undang, penting untuk turut mempertimbangkan aspek kemanusiaan,“ katanya.

Suhaili berkata hampir 100 peratus daripada lebih 3,000 orang yang menetap di tanah itu adalah rakyat Malaysia, kebanyakannya mempunyai anak yang masih bersekolah.

“Keluarga-keluarga ini telah menduduki tanah itu sejak 30 tahun lepas, keputusan untuk menangguhkan perobohan itu mencerminkan keseimbangan antara menguatkuasakan peraturan dan mempertimbangkan keperluan manusiawi mereka yang terjejas, memberikan mereka tempoh masa lebih panjang untuk mencari penyelesaian perumahan alternatif,“ katanya.

Beliau berkata penangguhan itu hanya untuk rumah-rumah yang masih diduduki, rumah yang sudah dikosongkan dijadualkan untuk perobohan minggu depan.

MUIS memulakan proses perobohan pada 23 Nov lepas bermula dengan 45 struktur haram dan akan disambung semula Isnin ini.

Majlis itu telah mengeluarkan notis enam bulan kepada penduduk pada 22 Mei lepas dengan tarikh luput 22 Nov.

Ketua Penolong Setiausaha (Pelaburan) MUIS Putera Aliif Al’Ain Jasni berkata lebih 500 buah rumah dibina di dua plot tanah MUIS iaitu masing-masing berkeluasan 4.946 hektar dan 9.025 hektar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings