the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Persiapan majlis penutup HAWANA 2025 di PIS berjalan lancar

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Persiapan majlis penutup Jelajah HAWANA 2025 di Politeknik Ibrahim Sultan berjalan lancar dengan jangkaan kehadiran 500 pelajar

JOHOR BAHRU: Persiapan bagi majlis penutup Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang berjalan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2025 Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin berkata pasukan telah bergerak sejak awal pagi bagi menguruskan aspek teknikal dan raptai.

“Berdasarkan persiapan dan raptai yang dijalankan, insya-Allah majlis ini akan mencapai matlamatnya, iaitu berkongsi pengetahuan berkaitan komunikasi dengan para pelajar politeknik,” katanya.

Beliau menjangkakan kira-kira 500 pelajar dari empat politeknik dan dua kolej komuniti akan hadir.

Majlis penutup itu pada asalnya dirancang pada Disember tahun lepas tetapi ditangguhkan berikutan kekangan jadual peperiksaan dan cuti semester.

Nur-ul Afida menambah Bernama akan menyumbang televisyen pintar kepada setiap institusi sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pendidikan.

Mengulas perancangan seterusnya, beliau berkata gerak kerja awal bagi sambutan HAWANA 2026 telah dimulakan.

Program seumpama itu akan diteruskan ke politeknik serta Institut Pengajian Tinggi Awam lain.

“Dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) tahun ini, kita boleh membantu MCMC untuk berkongsi maklumat berkaitan,” katanya.

Beliau berkata ia juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang komunikasi dan prospek kerjaya dalam industri media.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img