the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara JKR didenda RM30,000 perdaya pemohon permit kerja batuan pasir

IPOH: Seorang pesara pembantu awam didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memperdayakan individu supaya menyerahkan jumlah wang yang sama bagi membantu permohonan permit kerja bahan batuan pasir pada 12 tahun lepas.

Hakim Ahmad Kamar Jamaludin memerintahkan Ahmad Zainuddin Bontak, 65, dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan dan barang kes dikembalikan kepada pihak pendakwaan.

Mengikut kertas pertuduhan, warga emas itu didakwa memperdayakan Badrul Hisham Hadan, 52, dengan mendorong beliau untuk menyerahkan wang sebanyak RM30,000 bagi membantu permohonan permit kerja bahan batuan pasir di Perak sedangkan tiada permohonan permit kerja bahan batuan pasir dilakukannya.

Bekas pembantu awam di cawangan mekanikal Jabatan Kerja Raya Ipoh itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Restoran McDonalds Jalan Tambun, Sunway City Ipoh pada kira-kira pukul 11 pagi, 19 Oktober 2012.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa pertemuan di lokasi kejadian bersama beberapa individu lain, Ahmad Zainuddin memaklumkan wang itu adalah bayaran kepada pegawai daerah dan meminta tempoh masa untuk mendapat kelulusan permohonan permit tersebut dan berjanji untuk memulangkan jumlah wang itu jika permohonan ditolak namun tiada sebarang khabar selama enam bulan.

Juruperunding projek teknologi maklumat (IT) di sebuah bank itu kemudian meminta supaya Ahmad Zainuddin mengembalikan wangnya namun tertuduh memberikan pelbagai alasan berkaitan permohonan itu malah siasatan mendapati tiada sebarang permohonan dilakukan di mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah selain tertuduh mengaku telah membelanjakan wang berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings