the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara kerugian RM88,000 ditipu sindiket panggilan penipuan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seorang pesara 75 tahun kehilangan RM88,000 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan yang menyamar sebagai pegawai polis dan pendakwa raya.

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan berusia 75 tahun kehilangan simpanan Tabung Haji dan wang isterinya berjumlah RM88,000 akibat penipuan panggilan telefon.

Mangsa yang berasal dari Manir dihubungi suspek pada 2 Disember yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram sebelum panggilan disambungkan kepada rakan yang menyamar sebagai pendakwa raya.

“Mangsa yang panik telah membuat beberapa kali transaksi berjumlah RM88,000 ke nombor akaun berbeza dari 4 Dis hingga Khamis lepas,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor.

Pembayaran itu menggunakan wang Tabung Haji dan simpanan milik isteri mangsa.

Suspek turut mengarahkan mangsa mengoyak resit bank kononnya atas faktor keselamatan untuk mengelak dikesan.

Mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada isterinya selepas membuat pembayaran terakhir.

“Isteri mangsa yang menyedari ditipu menasihatkan suaminya membuat laporan polis pada 9.01 malam tadi,” tambah Azli.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings