the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 21, 2026
20.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Peti undi PRN Sabah mula tiba di pusat penjumlahan

Peti undi PRN Sabah ke-17 mula tiba di pusat penjumlahan undi di Semporna, Ranau dan Nabawan selepas pusat mengundi ditutup tengah hari

KOTA KINABALU: Peti undi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 mula tiba di pusat penjumlahan undi sejak tengah hari ini.

Di Semporna, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membawa peti undi dari Sekolah Kebangsaan Pulau Denawan menggunakan helikopter.

Peti undi itu mendarat di Padang Bandaran Daerah Semporna pada 1.17 petang sebelum dibawa ke Dewan Arena Masyarakat Semporna.

Di Ranau, peti undi dari Pusat Daerah Mengundi Longut dan Tiang tiba di Dewan Masyarakat Ranau pada 1.23 petang.

Dua peti undi terawal di Nabawan pula tiba dari SK Saliliran dan SK Mamagun masing-masing pada 12.40 dan 1.05 petang.

Pusat penjumlahan undi Nabawan terletak di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan.

Semua pusat mengundi ditutup pada 12 tengah hari selepas dibuka sejak 7.30 pagi.

PRN Sabah ke-17 menyaksikan 882 pusat mengundi dan 3,559 saluran dibuka untuk 1.74 juta pengundi.

Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan dalam pilihan raya ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hainan FTP’s first month of island-wide special customs operations boosts economic vitality, sets global benchmark

One month after launching island-wide special customs operations, the Hainan Free Trade Port has recorded early gains in trade efficiency, logistics, and business growth, reinforcing its role as a global trade hub.
spot_img

Popular Categories