the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Petronas laksana semakan menyeluruh operasi untuk kekal berdaya saing

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menegaskan bahawa syarikat itu sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap operasi termasuk aset, proses, perbelanjaan dan tenaga kerja bagi memastikan ia kekal berdaya saing dan bersedia mendepani masa depan.

Syarikat minyak negara itu berkata penilaian tenaga kerja secara menyeluruh daripada peringkat tertinggi sehingga ke seluruh perusahaan adalah bertujuan menyelaraskan hala tuju jangka panjang organisasi bagi menghasilkan nilai yang lebih besar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata Petronas mengakui proses ini mungkin menyebabkan penyelarasan tenaga kerja yang mencabar tetapi perlu dilaksanakan, dengan anggaran pengurangan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja.

Beliau berkata kumpulan itu sedang berusaha untuk menyelesaikan proses pemberitahuan kepada kakitangan yang terjejas secara berperingkat sehingga akhir tahun ini dan kekal komited sepenuhnya untuk menguruskan proses berkenaan dengan telus, prihatin dan menghormati semua pekerja yang terlibat.

“Semakan menyeluruh terhadap aset, proses, perbelanjaan dan tenaga kerja ini merupakan perubahan asas yang kritikal bagi Petronas untuk bersaing dan memacu pertumbuhan masa depan dalam keadaan pasaran yang semakin mencabar,” kata Tengku Muhammad Taufik dalam kenyataan hari ini.

Bagi memudahkan langkah berkenaan, Petronas akan membekukan aktiviti pengambilan pekerja secara umum sehingga Disember 2026 melainkan bagi jawatan kritikal dalam perniagaan tertentu yang akan dinilai mengikut keperluan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar vows to fast-track UM student housing project, warns contractors

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has pledged to personally oversee Universiti Malaya’s (UM) student housing project, rejecting its proposed 2030 completion timeline and warning that underperforming contractors would be replaced.

Most Viewed

spot_img