the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
28.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PGA tahan empat lelaki, rampas hampir 1,600 liter air ketum di Maran

Briged Tenggara PGA rampas hampir 1,600 liter air ketum bernilai RM68,000 dan tahan empat lelaki di Felda Ulu Jempol, Maran.

KUANTAN: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan empat lelaki dan merampas hampir 1,600 liter air ketum bernilai lebih RM68,000.

Operasi itu dijalankan menerusi OPS Taring Mitra di Maran pada Khamis lepas.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata suspek berusia antara 35 hingga 47 tahun ditahan di sebuah rumah di Felda Ulu Jempol, Bandar Pusat Jengka.

Mereka disyaki terlibat dalam memproses dan mengedar air ketum.

“Pemeriksaan di stor rumah itu menemukan 1,050 botol, tangki (tiga) dan tong plastik (empat) berisi air ketum,“ katanya.

Ahmad Radzi berkata siasatan awal mendapati rumah itu dijadikan lokasi memproses air ketum sebelum dipasarkan di kawasan sekitar.

Ujian air kencing semua suspek didapati negatif bagi dadah.

Walau bagaimanapun, dua daripada mereka mempunyai tiga dan empat rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejakat Polis Daerah (IPD) Maran untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. 

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.
spot_img

Popular Categories