the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa

HULU SELANGOR: Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie Ching berkata PH akan berkerja keras dengan mengambil pendekatan bertemu seramai mungkin pengundi bagi memastikan kerusi berkenaan dapat dipertahankan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB, 11 Mei ini.

“Ini baru hari keempat kempen dan kita faham bahawa untuk sesuatu PRK (itu) kadar (keluar) mengundi rendah. Jadi saya rasa itu merupakan (antara) cabaran kami.

“Jadi bagi kami, kami akan berkempen sampai saat terakhir…kita akan bekerja keras dalam kempen ini kerana saya rasa kempen ini adalah penting bukan sahaja untuk DAP, PH tetapi ia juga (penting) untuk kerajaan negeri Selangor,“ katanya di sini hari ini.

Teo yang juga Ketua Wanita DAP berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Pasar Awam KKB bersama calon PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan dalam PRK berkenaan Pang Sock Tao, di sini.

Timbalan Menteri Komunikasi itu berkata setakat ini penerimaan penduduk di KKB serta tinjauan di media sosial terhadap Pang adalah baik, dan beliau harap tempoh kempen yang berbaki 10 hari lagi dimanfaatkan sepenuhnya semua pihak dengan kempen yang matang dan sihat.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari yang menyifatkan pemimpin PH sebagai ‘mudah melenting’, Ahli Parlimen Kulai itu berkata ia mempamerkan kenyataan tidak matang Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

“Saya rasa itu kenyataan yang cukup tidak matang. Apabila ada orang yang serang (semula) kenyataan mereka, mereka rasa orang lain cepat emosi. Jadi saya rasa tak perlulah label orang lain seperti itu,“ katanya.

PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings