Sunday, November 9, 2025
25 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Piala FA: Negeri Sembilan sukar digugat, mara ke suku akhir

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan FC melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA menerusi agregat 5-1 biarpun tewas kepada PDRM FC 0-1 pada aksi kedua Pusingan 16 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Skuad Jang kendalian Mohd Nidzam Jamil yang selesa membawa bekalan lima jaringan pada pertembungan pertama sebelum ini, bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan seawal minit keempat PDRM hasil jaringan Muhammad Fakhrul Azim Mohd Zulphatah.

Memasuki babak kedua, Negeri Sembilan mengorak langkah dengan beberapa percubaan ke arah gawang gol PDRM, namun berjaya digagalkan penjaga gol Nor Hakeem Hamidun.

Keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiup.

Negeri Sembilan dijadualkan bertemu sama ada Selangor FC atau Malaysian University Football Team (MUFT) di suku akhir pada 17 Okt – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img