the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar akan undang Presiden China Xi Jinping hadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2025

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengundang Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China pada tahun depan.

Undangan ini sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Perkara ini disahkan Perdana Menteri ketika sidang media di sini pada Khamis sempena lawatan kerja beliau ke China.

Perdana Menteri yang kini berada di Beijing selama dua hari bermula 6 Nov, dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi petang ini.

“Saya berharap beliau datang kerana dia menganggap Malaysia sebagai kawan yang hebat, Jadi saya rasa pemimpin seperti Presiden Xi Jinping perlu mempertimbangkan komitmennya juga secara domestik dan antarabangsa,” katanya.

Mengulas tentang hubungan Malaysia dan China yang semakin erat, Anwar berkata ia tidak bermaksud Malaysia menyebelahi mana-mana pihak termasuk dalam urusan hubungan kepimpinan serta pelaburan dan perdagangan.

Perdana Menteri, bagaimanapun berkata selain urusan perdagangan, China mempunyai pendirian yang lebih dekat dengan Malaysia berbanding kebanyakan negara lain termasuk situasi di Gaza.

“Kita ambil sikap yang sederhana. Maknanya pertengahan, ada hubungan dengan baik. Negara China itu sambutan sangat akrab dan dianggap kita ini sebagai kawan, jadi banyak-banyak hal seperti BRICS, kerjasama dua hala, MoU (Memorandum Persefahaman) perdagangan itu diberikan perhatian.

“Banyak orang mengatakan kita ni memihak tetapi tidak, banyak-banyak isu yang kita bincang kerana soal Gaza, pendirian China lebih dekat dengan kita berbanding kebanyakan negara lain,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img