the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar bantu ibu tunggal menyara 6 anak dengan RM900 sebulan

KUALA LUMPUR: Keperitan hidup seorang ibu tunggal Madiah Awang menyara enam orang anak dengan pendapatan sekitar RM900 sebulan sebagai tukang masak kantin sekolah dan kilang, telah mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tampil menghulurkan sumbangan.

Bantuan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Madiah dalam rangka Ziarah MADANI di Kampung Tebing Tinggi, Balok, Kuantan hari ini.

“Dalam keadaan rumah yang retak di dapur dan lantai sudah reput di bahagian depan, dia masih mampu tersenyum malah meminta kami mengutamakan mereka yang lebih susah.

“Tiada keluhan. Tiada rungutan. Yang ada cuma kesungguhan untuk terus hidup dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan maruah,” menurut Ahmad Farhan di laman Facebook hari ini.

Ahmad Farhan berkata selain menyampaikan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri, beliau dapat belajar erti kekuatan dan keikhlasan sebenar daripada wanita tersebut.

“Semoga Allah SWT terus mempermudah urusan Puan Madiah dan anak-anaknya, serta membuka pintu rezeki yang lebih luas untuk mereka. Insya-Allah,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings