the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM Anwar bekukan keputusan perolehan ATM, PDRM berkaitan rasuah

Semua keputusan perolehan ATM dan PDRM yang berkaitan isu rasuah dibekukan sementara, kata PM Anwar, bagi memastikan ketelusan.

KUALA LUMPUR: Semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkaitan isu rasuah telah dibekukan sementara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembekuan itu berkuat kuasa sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Beliau menyatakan kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.

“Saya berterima kasih kerana Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, atas kenyataan yang sangat jelas berkenaan perkara ini,“ katanya.

Anwar berkata pihaknya akan mengambil perhatian dan menunggu laporan untuk meneliti sebarang kelompongan atau kelemahan dalam sistem perolehan.

Beliau menekankan langkah itu bagi memastikan proses dipatuhi sepenuhnya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju di sini hari ini. – Bernama

— Lagi

Related

spot_img

Latest

Binastra secures RM1.2b Causewayz Square contract in Johor Bahru

The contracts for the 63-storey Causewayz Square development are expected to support earnings over the next three years and keep the group on track to meet its FY26 target.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories