Perdana Menteri Anwar Ibrahim melawat Tawau dengan tiga program utama termasuk pelancaran blok baharu Hospital Tawau dan jelajah Malaysia
TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan lawatan kerja ke bandar ini pagi ini dengan tiga program utama.
Lawatan beliau bermula pada pukul 9.30 pagi dengan Majlis Peluncuran Blok Baharu Hospital Tawau.
Anwar kemudiannya dijadualkan mengadakan sesi walkabout dan beramah mesra bersama penduduk setempat di Pasar Semarak pada pukul 11.15 pagi.
Program terakhir beliau ialah Majlis Perasmian Program Jelajah Malaysia di Taman Semarak sekitar pukul 11.35 pagi. – Bernama






