the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar optimis lawatan Sikorski perkukuh kerjasama Malaysia-Poland

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya dan optimis bahawa lawatan rasmi Menteri Luar Poland Radoslaw Sikorski ke Malaysia, akan menyumbang secara signifikan kepada pengukuhan kerjasama antara kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar memaklumkan beliau telah menerima kunjungan hormat Sikorski yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini.

Beliau berkata perbincangan mereka menyentuh usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Poland, terutama membabitkan kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi digital, eksport pertanian dan sektor minyak sawit.

“Selain itu, kami turut menyentuh mengenai kerjasama ASEAN-EU, dengan mengambil kira peranan Poland sebagai presiden Majlis Kesatuan Eropah Poland pada Januari-Jun 2025 dan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun depan.

“Pertemuan kira-kira 40 minit itu juga turut membincangkan secara mendalam dan meluas mengenai isu mendesak terkait konflik di Ukraine dan Palestin,” kata Perdana Menteri.

Ini merupakan lawatan pertama Sikorski ke Malaysia sejak pelantikannya pada Disember 2023. Beliau diiringi Timbalan Menteri Pertahanan Pawel Ksawery Zalewski dan Timbalan Menteri Pertanian dan Kemajuan Luar Bandar Michal Kolodziejczak.

Pada 2023, Poland merupakan rakan dagangan kelapan terbesar Malaysia dalam Kesatuan Eropah.

Sepanjang Januari hingga Julai 2024, jumlah dagangan dua hala kedua-dua negara meningkat 14.7 peratus kepada RM3.05 bilion (US$0.65 bilion) berbanding RM2.66 bilion (US$0.57 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2023.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings