the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar pengerusikan mesyuarat bersama 40 pemimpin industri Perancis, bincang kerjasama strategik berimpak tinggi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat meja bulat bersama 40 pemimpin industri dari Perancis yang beroperasi di Malaysia untuk membincangkan potensi pelaburan dan kerjasama strategik dalam sektor berimpak tinggi pada peringkat global.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia menawarkan kedudukan yang strategik sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN serta disokong oleh kestabilan politik dan dasar mesra pelabur selain ekosistem industri yang dinamik.

“Saya tekankan bahawa Malaysia kini menjadi hab utama dalam sektor tenaga bersih, semikonduktor, elektrik dan elektronik serta terus memainkan peranan penting dalam industri minyak dan gas.

“Potensi ini turut diperkukuh dengan pelaksanaan inisiatif fasilitasi pelaburan oleh agensi kerajaan,” katanya dalam catatan di laman sosial X beliau, @anwaribrahim selepas selesai mengadakan mesyuarat berkenaan di Paris, pada Jumaat.

Anwar yang mengetuai delegasi Malaysia kini berada di ibu kota Perancis sempena lawatan rasmi selama dua hari ke negara itu.

Mengulas mengenai mesyuarat yang diadakan, beliau berkata antara yang hadir pada sesi itu termasuklah syarikat Perancis seperti Air Liquide, L’Oréal, Axens, Schneider Electric dan Thales yang telah lama bertapak di Malaysia dan terus menunjukkan komitmen kukuh.

Pada masa yang sama, beliau berkata kerajaan turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan PKS agar dapat menyertai rantaian bekalan global dan menjadi rakan kongsi strategik kepada pelabur asing, termasuk melalui pemindahan teknologi, latihan dan pembangunan bakat.

“Saya juga menggalakkan syarikat Perancis meneroka Zon Ekonomi Khas dan taman halal di Malaysia serta menjalin kerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu, CCUS, ekonomi digital, pertahanan dan aeroangkasa selaras dengan agenda reformasi ekonomi negara yang inklusif dan mampan,” kata beliau.

Perancis kekal sebagai antara lima rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara EU.

Pada 2024, jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah RM15.95 bilion (US$3.63 bilion), dengan RM6.26 bilion (US$1.49 bilion) direkodkan bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Allianz: $125 billion in vessel and cargo value awaits passage from the Persian Gulf

Allianz warns that geopolitical tensions and the Strait of Hormuz disruption have left about US$125 billion in vessel and cargo value awaiting transit. The report highlights growing maritime risks, supply chain uncertainty, ageing fleets, and the need for stronger resilience in global shipping operations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings