the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar: Peruntukan kerajaan bukan hak eksklusif MP

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PM Anwar Ibrahim tegaskan peruntukan kerajaan bukan hak eksklusif Ahli Parlimen, sebaliknya disalurkan terus kepada rakyat, sekolah dan masjid.

ALOR GAJAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen bukan hak eksklusif seseorang wakil rakyat berkenaan.

Beliau berkata peruntukan kerajaan itu diberi kepada rakyat bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan keselesaan dan taraf hidup rakyat di kawasan tersebut.

“Peruntukan tak semestinya beri kepada Ahli Parlimen. Peruntukan diberi kepada rakyat. Sejak bila kita kena beri kepada Ahli Parlimen? Kalau ada peruntukan RM2 juta (dengan) RM2 juta itu (disalurkan) kepada rakyat, sekolah, sekolah agama, masjid, baiki longkang…itu semua kita akan lakukan.

“Dasar itu terpakai sejak dahulu, mereka Ahli Parlimen (dari) dulu mereka tahu. Sekarang, dia (Ahli Parlimen) menentang, jadi bila dia menentang, kita salurkan terus kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Ar-Rasyidin di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan dan Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa Ahli Parlimen yang mendakwa peruntukan untuk mereka disekat kerajaan.

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang memohon untuk melepaskan jawatannya semalam, Anwar berkata Nurul Izzah mempunyai urusan lain untuk diberi perhatian buat sementara.

“Dia ada program khas di luar sekejap, jadi saya (kata) tak apa, dan kita boleh terima baik…tapi dia masih aktif dalam parti,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nurturing Heart and Liver Health: “Tong Ren Care” Brings Community Service to Campuses

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Beijing Tong Ren Tang Chinese Medicine Company Limited (“Beijing Tong Ren Tang”) (3613.HK) held its “Tong Ren Care” community health seminar last Saturday (10 October 2026) under the theme “Nurturing Heart and Liver Health with Greater Care”.

Temasek Trust and World Bank Group Forge Strategic Partnership to Advance Shared Development Priorities

BANGKOK, THAILAND – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Temasek Trust and the World Bank Group today signed a memorandum of understanding (MoU) to establish a strategic partnership aimed at harnessing the complementary strengths of philanthropy and development finance to advance shared development priorities.

Most Viewed

spot_img