the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Thailand tingkat berjaga-jaga susulan ancaman bom di selatan

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengarahkan semua agensi kerajaan berada dalam tahap berjaga-jaga yang tinggi dan meningkatkan pemantauan susulan ancaman bom baru-baru ini di wilayah pelancongan selatan Phuket dan Phang Nga.

Beliau berkata laporan daripada agensi berkaitan menunjukkan insiden itu merupakan cubaan untuk mencetuskan ketegangan di wilayah berkenaan.

Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Polis Negara, Komander Polis Pelancong dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Sukan bagi menilai situasi serta memastikan pemantauan rapi.

“Saya sentiasa menggesa semua pihak untuk menyiasat dan memantau situasi ini secara dekat. Segala langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan keselamatan awam dan mencegah sebarang kemudaratan. Bagaimanapun, kerajaan kekal berwaspada. Majlis Keselamatan Negara akan terus memantau dan mempertingkatkan operasi,” katanya dalam hantaran di X pada Jumaat.

Awal minggu ini, media tempatan Thailand melaporkan sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Songkhla ke Phuket telah ditahan di Phang Nga, dan polis menemukan bom buatan sendiri dengan pemasa dan menahan dua suspek. Peranti mencurigakan kemudiannya ditemukan dan dilupuskan di Phuket dan Krabi, termasuk berhampiran lapangan terbang.

Walaupun peranti terbabit tidak menyebabkan kecederaan dan tidak mempunyai keupayaan letupan, ia telah menimbulkan kebimbangan keselamatan di kawasan berkenaan.

Skuad pemusnah bom polis mengesahkan objek terbabit direka untuk menyerupai peranti letupan, dipercayai bertujuan menimbulkan ketakutan dan mengganggu aktiviti harian.

Paetongtarn turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua agensi komited menyelesaikan perkara ini dengan penuh ketelitian.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua pegawai atas dedikasi, pengorbanan dan ketabahan mereka dalam mengekalkan keyakinan rakyat serta membolehkan penduduk terus hidup dalam keadaan aman.

“Kepada pelancong yang merancang untuk berkunjung, saya memberi jaminan bahawa adalah selamat untuk melancong dan menikmati lawatan anda tanpa merasa bimbang,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings