the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PMR Perak: JPPKK tawar perkhidmatan selenggara 300 motosikal secara percuma

LUMUT: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menawarkan perkhidmatan selenggara asas secara percuma kepada 300 motosikal dengan enjin berkapasiti 160cc ke bawah, sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak bermula hari ini.

Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak Mohd Shahrir Ahmad Zaini berkata perkhidmatan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan dengan kerjasama beberapa politeknik dan kolej komuniti di Perak seperti Kolej Komuniti Gerik, Bagan Datuk, Pasir Salak dan Sungai Siput.

“Kita akan melaksanakan perkhidmatan menukar minyak enjin dan penapis serta palam pencucuh. Ini adalah perkara asas yang akan kita jalankan sepanjang PMR ini secara percuma.

“Sepanjang tiga hari ini, sebanyak 100 buah motosikal kita akan selenggara setiap hari bermula 9 pagi hingga malam atau setakat berdasarkan ’siapa cepat, dia dapat’,” katanya ketika ditemui di Lumut Waterfront hari ini.

Perkhidmatan secara percuma yang diselenggara sendiri oleh tenaga pengajar dan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) itu memberi peluang terbaik kepada masyarakat di Perak khususnya mereka yang tinggai di sekitar Lumut dan Manjung, katanya.

Mohd Shahrir berkata inisiatif ditawarkan itu selaras dengan tema PMR 2025 Perak “Pendidikan Tinggi, Memacu Negara MADANI” untuk mempromosikan TVET negara.

“Kita nak tunjukkan kepada masyarakat bahawa pelajar-pelajar ini merupakan mereka yang berketerampilan dan berkebolehan, walaupun belum lagi habis tempoh pengajian tapi sudah boleh melaksanakan tugas-tugas penyelanggaraan asas.

“Ini mungkin boleh meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pendidikan TVET di kolej komuniti dan juga politeknik di negara ini,” katanya.

Sementara itu, seorang penjawat awam Rozman Azahari, 52, berkata perkhidmatan selenggara motosikal oleh pelajar politeknik dan kolej komuniti secara tidak langsung memberikan gambaran pendidikan TVET mampu menjamin masa depan lebih baik.

“Ia dapat membuktikan TVET bakal membantu anak-anak muda kita yang berkemahiran mencipta peluang pekerjaan atau boleh buka bengkel sendiri suatu hari nanti.

S

“Program-program lain yang dijalankan pada PMR ini juga amat bagus kerana mendekatkan rakyat dengan agensi kerajaan berkaitan selain memudahkan urusan dengan agensi kerajaan seperti proses pembayaran saman di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan beberapa agensi serta kementerian lain,” katanya.

PMR 2025 Perak di Lumut Waterfront berlangsung dari 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu, manakala pada Ahad, program dijadualkan berakhir pada 6 petang. Reruai perkhidmatan kerajaan pula akan beroperasi setiap hari hingga 6 petang sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan hari penutupan PMR 2025 Perak pada Ahad.

Perak merupakan lokasi ketiga penganjuran PMR berskala besar, hasil kerjasama strategik antara Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri selaku sekretariat induk dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai kementerian peneraju.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings