the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buka kertas siasatan kes pemalsuan dokumen pemain warisan

Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan kes pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya susulan laporan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, dua rakaman percakapan telah diambil bagi membantu siasatan kes itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes itu disiasat susulan laporan polis yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam.

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi memaklumkan tindakan itu diambil selaras dengan saranan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif.

Jawatankuasa itu menyiapkan laporan siasatan mereka baru-baru ini.

Dalam laporan penuh, IIC mengemukakan tiga cadangan kepada FAM susulan isu pemalsuan dokumen tersebut.

Antaranya, IIC mencadangkan FAM segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan.

Cadangan kedua ialah supaya Jawatankuasa Tatatertib FAM memulakan prosiding tatatertib dalaman terhadap Setiausaha Agung badan induk itu.

Cadangan ketiga IIC menyentuh aspek tadbir urus, dengan FAM disaran melaksanakan pemantauan dan reformasi struktur.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings