the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis cari waris gelandangan lelaki mati di stesen pam Sibu

Polis Sibu cari waris gelandangan lelaki berusia lewat 40-an ditemukan meninggal dunia di Stesen Pam Tebatan Banjir Jalan Maju

SIBU: Polis sedang mengesan waris terdekat seorang gelandangan lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Stesen Pam No. 4 Rancangan Tebatan Banjir di Jalan Maju di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada lelaki berusia lingkungan lewat 40-an itu.

Polis menerima panggilan orang awam pada 8.55 pagi semalam mengenai seorang lelaki tidak sedarkan diri di bawah tangga stesen berkenaan.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Zulkipli berkata lelaki itu yang juga seorang gelandangan sering dilihat di sekitar Jalan Maju.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai identiti mangsa diminta menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Binsin Lunjong di talian 017-8025675.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings