the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

 Polis Johor keluarkan 4,433 saman trafik dalam dua hari operasi

Polis Johor catat 4,433 saman trafik dalam dua hari Op Krismas dan Op Ambang Tahun Baru, dengan fokus cegah kemalangan dan jenayah jalanan

ISKANDAR PUTERI: Polis Johor mengeluarkan 4,433 saman trafik dalam tempoh dua hari pertama pelaksanaan Op Krismas dan Op Ambang Tahun Baru.

Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata operasi dua serangkai itu bermula pada Selasa lepas dan berterusan sehingga 1 Januari depan.

Seramai 1,681 pegawai dan anggota ditugaskan secara bergilir setiap hari di seluruh negeri.

Penugasan itu melibatkan pelbagai jabatan termasuk Siasatan Jenayah Narkotik, Jenayah Komersial, dan Pencegahan Jenayah serta Keselamatan Komuniti.

“Saman yang dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian kenderaan, tiada nombor pendaftaran, tiada lesen memandu dan tiada perlindungan insurans,” katanya.

Beliau berkata fokus utama operasi adalah pencegahan kemalangan, jenayah jalanan serta mengekalkan ketenteraman awam.

Operasi ini susulan aliran trafik tinggi berikutan cuti hujung minggu, sambutan Krismas, cuti sekolah dan kemasukan pelancong.

Dalam satu operasi khas motosikal di Iskandar Puteri semalam, polis memeriksa 52 motosikal dan mengeluarkan 143 saman.

Kesemua motosikal terbabit disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan sehingga pemilik membaiki kesalahan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan 14 notis atas kesalahan pelepasan gas dan bunyi bising.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula mengeluarkan 32 saman membabitkan pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian kenderaan.

Polis akan melaksanakan Ops Lancar bermula hari ini hingga 1 Januari depan di lokasi utama.

Data PLUS menunjukkan purata 22,000 hingga 24,000 kenderaan keluar masuk Johor setiap hari melalui Plaza Tol Senai Utara dan Lima Kedai sejak 19 Disember.

Sebanyak 47 lokasi ‘hotspot’ dikenal pasti termasuk lebuh raya, pusat bandar serta pintu masuk utama seperti BSI dan KSAB Gelang Patah.

“Operasi ini adalah usaha memastikan Johor tidak mengalami kesesakan trafik yang teruk,” kata Ab Rahaman.

Beliau menyeru orang ramai memanfaatkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk mendaftar maklumat balik kampung.

Bagaimanapun, jumlah pendaftaran melalui aplikasi itu masih rendah dengan hanya 232 pendaftaran diterima setakat semalam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings