the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Kelantan tubuh pasukan khas jejak pelaku ugutan di lapang sasar

Polis Kelantan tubuh pasukan khas untuk mengesan individu yang menconteng ugutan di pagar Lapang Sasar PDRM Bachok, kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan

KOTA BHARU: Polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang terlibat dalam perbuatan mengugut dengan menconteng dinding pagar Lapang Sasar PDRM Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat menyifatkan perbuatan itu sebagai satu bentuk cabaran terbuka terhadap pihak berkuasa.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan dalang di sebalik kejadian yang dipercayai berlaku pada 22 Disember lepas.

“Mereka yang berbuat demikian boleh disifatkan sebagai kurang ajar kerana sanggup mengugut pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas memerangi jenayah,” katanya.

Mohd Yusoff berkata ini kali pertama ugutan sedemikian diterimanya secara terbuka dan bertulis berbanding sebelum ini yang diperoleh melalui maklumat risikan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah.

“Saya percaya ugutan ini memang ditujukan kepada saya berikutan ketegasan polis dalam menjalankan operasi,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sebarang ugutan tidak akan mematahkan semangatnya serta anggota polis Kelantan.

Kejadian itu tular di media sosial semalam memaparkan contengan berbaur ugutan menggunakan cat merah pada dinding pagar lapang sasar tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings