the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis keluarkan 12,437 saman dalam Ops Ambang Tahun Baharu 2026

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Ops Ambang Tahun Baharu 2026: Polis keluarkan 12,437 saman, sita 390 kenderaan dan tahan 51 individu atas pelbagai kesalahan.

KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan 12,437 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Ops Ambang Tahun Baharu 2026.

Operasi dijalankan di seluruh negara bermula 9 malam semalam hingga 2 pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya turut menyita 390 kenderaan.

Seramai 25 individu ditahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Turut ditahan 20 individu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala tiga individu ditahan di bawah Kanun Keseksaan dan tiga lagi di bawah lain-lain akta,” katanya.

Seramai 327 pegawai kanan dan 2,460 pegawai rendah polis terlibat dalam operasi tersebut.

Operasi itu mendapat kerjasama beberapa agensi luar termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan 258 anggota.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menghantar 80 anggota, Jabatan Alam Sekitar (JAS) (70) dan Jabatan Imigresen Malaysia (58).

Konsesi lebuh raya menyumbang 54 anggota manakala pihak berkuasa tempatan menghantar lapan anggota.

Mohd Yusri berkata operasi berkenaan dilaksanakan di 240 lokasi seluruh negara.

Operasi itu bertujuan memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang sambutan ambang tahun baharu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img