the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis Kepala Batas tahan dua lelaki curi motosikal Honda EX5

Polis Seberang Perai Utara tahan dua lelaki disyaki mencuri motosikal Honda EX5 di Flat Mekarsari, Kepala Batas, kes disiasat bawah Seksyen 379A.

KEPALA BATAS: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di Flat Mekarsari di sini.

Seorang lelaki tempatan melaporkan motosikal jenis Honda EX5 milik adiknya dicuri dari kawasan letak kenderaan flat itu pada 11.30 pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abd Rahman berkata motosikal itu ditinggalkan dalam keadaan berkunci suis utama tanpa kunci tambahan.

BACA: 2 lelaki ditahan kes curi kabel di Taiping

“Cukai jalan dan insurans kenderaan tersebut juga didapati telah tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian menunjukkan kecurian dilakukan oleh seorang lelaki warganegara tempatan.

Hasil risikan, polis berjaya menahan dua suspek berumur 25 dan 29 tahun berkaitan kes itu.

Semakan mendapati seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah.

Suspek kedua tiada rekod jenayah lampau menurut Anuar.

Saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek pula didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Polis akan memohon reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Butterworth untuk siasatan lanjut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories