the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kesan pemandu warga asing rempuh plaza tol Puchong Selatan

KUALA LUMPUR: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang melarikan diri selepas lori sampah dipandunya merempuh Plaza Tol Puchong Selatan.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Damansara-Puchong arah Bandar Bukit Puchong pada pukul 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata lori Isuzu seberat 10 tan dari arah Putrajaya menghala Bukit Puchong hilang kawalan lalu terbabas.

Lori tersebut kemudian melanggar tembok di plaza tol berkenaan.

“Kejadian menyebabkan kelindan lori iaitu lelaki Bangladesh berusia 42 tahun cedera di kepala dan muka manakala pemandu melarikan diri,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata semakan awal mendapati pemilik kenderaan ialah rakyat Malaysia.

Pemilik kenderaan disyaki menggaji warga asing untuk memandu lori tersebut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

Mereka boleh menghubungi Insp Fatin Husna Khairuzzaman menerusi talian 017-3012621.

Semalam, video berdurasi 30 saat dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan memaparkan kejadian tersebut tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan sebuah lori sampah melanggar penghadang di lorong plaza tol. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings