the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis lengkap siasatan kes kematian pempengaruh Taiwan

Polis selesai siasatan kes kematian pempengaruh Taiwan Hsieh Yun Hsin, kertas siasatan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut

KUALA LUMPUR: Polis telah melengkapkan siasatan terhadap penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau Namewee berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Beliau berkata pihak polis masih menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

Namewee sebelum ini disambung reman tiga hari sehingga esok selepas tempoh reman sebelumnya berakhir pada Isnin.

Mangsa Hsieh Yun Hsin, 33, ditemui mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lepas.

Jenazah mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Namewee dipercayai individu terakhir yang dilihat bersama mangsa sebelum kematiannya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings