Friday, November 14, 2025
29.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Malaysia dapat kerjasama Polri siasat video tular dakwaan UBR

PDRM bekerjasama dengan Polri untuk rakam keterangan pemain bola sepak Indonesia dakwa anggota UBR minta wang dalam video tular.

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan khidmat wakilnya di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta untuk merakam keterangan pemain bola sepak Indonesia yang didakwa memburukkan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam video tular.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata PDRM sedang berhubung rapat dengan Polis Republik Indonesia (Polri) sebagai rakan strategik bagi melengkapkan siasatan.

Beliau berkata pihaknya telah merakam keterangan daripada anggota UBR terlibat serta rakan setugasnya dengan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Keterangan daripada pihak yang mendakwa sebagai pemain bola sepak tidak dapat direkodkan kerana dia telah kembali ke negara asal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Shazeli mengulas perkembangan siasatan kes video tular berhubung dakwaan pemain bola sepak negara jiran yang menuduh anggota UBR meminta wang semasa pemeriksaan kereta.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata 14 individu sebahagian besarnya daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan berhubung kekecohan kerja-kerja pengosongan dan perobohan kawasan perumahan di Kampung Papan, Pandamaran di Klang.

Tangkapan melibatkan 11 lelaki dan tiga wanita itu direkodkan susulan laporan oleh pihak yang melaksanakan arahan perobohan tersebut.

“Tiada penghuni rumah terlibat. Majoriti yang ditangkap adalah daripada NGO namun kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories