the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis Melaka akan panggil individu tular video dakwaan halang ambulans

Polis Melaka akan siasat individu yang tular video dakwaan anggota halang ambulans, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

MELAKA: Polis Melaka akan memanggil individu yang menularkan video dakwaan anggota trafik menghalang ambulans bagi memberi laluan kepada konvoi delegasi pelabur China pada Khamis lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita terima dan mengalu-alukan maklumat awam jika berkaitan salah laku polis, tetapi kalau membabitkan fitnah, kita tolak,” katanya.

Beliau menegaskan pihaknya akan menyiasat dan memastikan individu yang sengaja membuat fitnah terhadap polis akan diambil tindakan.

Dzulkhairi berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Legacy 04 RX-Z X 125ZR Melaka Attack di Dataran MITC Ayer Keroh.

Dalam kenyataan terdahulu, beliau menafikan dakwaan anggota trafik menghalang ambulans dalam video tular itu.

Beliau menjelaskan bunyi siren dalam rakaman itu milik polis yang sedang mengawal lalu lintas semasa mengiringi konvoi delegasi pelabur China.

Mengenai tiga suspek lelaki ditembak mati di Durian Tunggal, siasatan mendapati dakwaan seorang wanita bahawa seorang suspek adalah suaminya adalah tidak benar.

Dzulkhairi berkata wanita terbabit dan suspek itu hanyalah pasangan kekasih yang telah tinggal bersama selama tiga tahun.

Isteri sebenar suspek tersebut berada di Johor, menurutnya.

“Wanita berkenaan mempunyai 10 rekod jenayah sejak 2012 berkaitan kes curi kenderaan,” katanya.

Beliau menambah wanita itu pernah ditahan di Jasin pada Julai lepas.

Bapa wanita tersebut juga mempunyai 24 kes jenayah lampau dan masih dikesan polis kerana dua laporan berkaitan kes curi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

English proficiency vital for global competitiveness, says minister

Malaysia's national language status remains secure while the government boosts English skills for the workforce to ensure global competitiveness, says Human Resources Minister Datuk Seri R. Ramanan.

TAT activates Thailand Co-creator journeys to amplify Trusted Thailand in short-haul markets

The Tourism Authority of Thailand (TAT) is set to activate the Thailand Co-creator programme later this month, with coordinated creator journeys taking place from 23–25 January and a global content rollout scheduled throughout February.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories