the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis minta bantuan orang ramai kesan Muhammad Riduan Abdullah

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan Muhammad Riduan Abdullah bagi membantu siasatan berkaitan waran pengkomitan Mahkamah Tinggi Ipoh 2014

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan waran pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata lelaki tersebut adalah K. Patmanathan @ Muhammad Riduan Abdullah, 57, yang beralamat di Nombor 10, Persiaran Pegoh Dua, Off Jalan Pasir Puteh di sini.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Yap Siew Cheng di talian 012-9093362,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Riduan yang memeluk Islam pada 2009, meninggalkan rumah di Ipoh bersama anak perempuannya, Prasana Diksa yang ketika itu berusia 11 bulan.

Dua hari kemudian dia secara sepihak menukar agama anaknya tanpa persetujuan serta pengetahuan bekas isterinya Indira Ghandi yang dikahwini pada 1993.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan Indira hak penjagaan sepenuhnya terhadap anaknya di samping memerintahkan Muhammad Riduan menyerahkan Prasana kepada ibunya, dan pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya itu kepada bekas isterinya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings