the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 18, 2026
27.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis mohon bantuan cari pengasuh hilang di Rompin

Polis Rompin meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pengasuh kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Tanjung Gemok sejak Ogos tahun lepas.

ROMPIN: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pengasuh kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Tanjung Gemok, Rompin.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata laporan kehilangan Norazmawati Mohd Darwi, 45, diterima daripada anak lelakinya.

Laporan itu dibuat pada 14 Ogos tahun lepas.

Wanita itu kali terakhir dilihat di Jalan Selancar, Kampung Tanjung Gemok.

Beliau ketika itu memakai baju kurung dan bertudung.

“Wanita yang berkulit kuning langsat itu tidak pernah menghubungi keluarganya sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata polis telah membuat hebahan bagi mengesan orang hilang berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan.

Maklumat juga boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin menerusi talian 09-4145999.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories