the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, October 10, 2026
31.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis mohon bantuan kesan guru KAFA hilang sejak Sabtu

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Polis Pulau Pinang meminta bantuan orang ramai mengesan guru KAFA, Mohamad Hijazi Zamri, 26, yang dilaporkan hilang di Sungai Ara

GEORGE TOWN: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang guru lelaki Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sebuah pangsapuri di Sungai Ara dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata usaha mengesan Mohamad Hijazi Zamri, 26, sedang giat dijalankan.

Beliau berkata Mohamad Hijazi berketinggian 155 sentimeter dengan berat 54 kilogram, berkulit sawo matang dan rambut hitam.

“Mohamad Hijazi kali terakhir dilihat memakai baju-T lengan panjang berwarna oren dan seluar panjang hitam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Mohamad Hijazi diminta menyalurkan kepada polis melalui talian 04-8662222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal turut meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, bapa Mohamad Hijazi, Zamri Saidin, 53, berkata anaknya didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar menunaikan solat Isyak di sebuah surau berhampiran rumah.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu sempat menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama-samanya dan adiknya sebelum memaklumkan mahu menunaikan solat Isyak di surau dengan menaiki motosikal Yamaha LC berwarna biru.

Zamri berkata Mohamad Hijazi dijadualkan melangsungkan akad nikah pada 2 Sept ini selepas bertunang kira-kira setahun dan segala persiapan perkahwinan telah dilakukan.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Jay January Siowou berkata pihaknya sedang mengesan Nik Nursyazwani Aishah Jefri Arwan Shah, 15, yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Nibong tebal sejak semalam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Nur Anis Syamimie Nasir melalui talian 016-9391927 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img