the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Negeri Sembilan lupus dadah bernilai lebih setengah juta

SEREMBAN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM543,136.24 yang dirampas di seluruh negeri itu dari 2012 hingga tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata ia melibatkan rampasan dadah yang telah selesai perbicaraan mahkamah dan masih disimpan dalam setor barang kes narkotik meliputi 1,561 kertas siasatan.

“Jenis dadah yang dilupuskan ialah heroin, ganja, methampethamine, ketamin, erimin 5, pil ecstasy, yaba, nimetazepam, daun ketum, pokok ganja, cecair vape atau ketamin, kodein dan air ketum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 5,696 individu ditahan atas kesalahan berkaitan dadah membabitkan 671 pengedar dadah, pemilikan dadah (1,474) dan penagih dadah (3,551) bagi tempoh Januari hingga Ogos lepas dengan nilai sitaan dianggarkan bernilai RM4.4 juta.

Muhammad Idzam berkata pihaknya sentiasa komited membanteras penyelahangunaan dadah habis-habisan termasuk melumpuhkan ekonomi pengedar dadah dengan menyita semua aset barangan yang dimiliki oleh mereka.

Beliau meminta kerjasama semua masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dan pengedaran dadah di negeri itu selain sentiasa prihatin dengan keadaan sekeliling dalam mencegah dan membanteras aktiviti dadah berbahaya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings