the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rakam keterangan enam saksi dalam kes amang seksual murid sekolah

Polis merakam keterangan enam saksi dalam siasatan kes amang seksual terhadap murid lelaki 11 tahun di sebuah sekolah di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes amang seksual melibatkan seorang murid lelaki berusia 11 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan turut dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan wujudnya mangsa lain.

“Siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan lengkap akan dirujuk kepada Pendakwa Raya dengan kadar segera untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang guru berusia 40 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut pada hari Sabtu.

Guru itu direman selama enam hari bermula semalam dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Laporan polis berhubung kes itu telah diterima pada Selasa lepas.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings