the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Sarawak rampas dadah bernilai lebih RM300,000

KUCHING: Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 10.4 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM332,800 dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Matang di sini pada Isnin lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata semasa serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine turut ditahan.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 52,000 orang penagih dan turut dirampas sebuah motosikal jenis Kawasaki Z900 dianggarkan bernilai RM50,000.

“Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mancha berkata suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings