the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 21, 2026
20 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tahan 132 penagih dadah dalam Op Tapis di Sibu

Operasi polis di Sibu tangkap 132 penagih dadah, termasuk seorang suspek Seksyen 39B yang boleh dihukum mati, dalam usaha berterusan banteras jenayah dadah.

SIBU: Polis menahan 132 penagih dadah dalam Operasi Tapis Narkotik yang sedang dijalankan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata operasi itu dilancarkan awal bulan ini bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

Daripada jumlah tangkapan, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.

“Kesalahan di bawah Seksyen 39B boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan empat penagih ditangkap di bawah Seksyen 39A(1) manakala 16 di bawah Seksyen 12(3) dan 111 di bawah Seksyen 15(1)(a).

Seramai 43 orang telah didakwa di Mahkamah Sibu manakala 11 orang lagi masih direman bagi membantu siasatan.

Zulkipli berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu akan terus mempergiatkan tindakan membanteras dadah.

Beliau menyeru orang ramai menyalurkan maklumat kegiatan dadah melalui hotline JSJN Bukit Aman di 012-2087222 atau hotline JSJN Sarawak di 017-5929211. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Personalizing The Hong Kong Stay Experience With Dorsett Kai Tak’s ‘3 Wishes’ Package

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 January 2026 - Dorsett Kai Tak, Hong Kong invites travellers to personalize their Hong Kong stay with the Dorsett 3 Wishes Room Package. Guests can enjoy up to 25% savings on a two‑night stay while choosing THREE perks from a list of nine, tailored to their travel purpose—whether for leisure or business—combining modern luxury with authentic local experiences.
spot_img

Popular Categories