the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 2, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tahan 2 lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sungai Bakap

Polis Pulau Pinang tahan dua lagi lelaki, menjadikan empat suspek kes bunuh di restoran Sungai Bakap, mangsa kritikal kini stabil.

NIBONG TEBAL: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut dan dua lagi cedera di sebuah restoran di Sungai Bakap.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata dua lelaki berusia 30-an itu ditahan secara berasingan awal pagi tadi dan direman tujuh hari.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes itu menjadikan kesemuanya empat lelaki ditahan,” katanya.

Azizee berkata kesemua empat lelaki yang ditahan itu kenal antara satu sama lain.

Polis kini sedang giat mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata semasa kejadian mangsa sedang minum bersama di restoran berkenaan sebelum diserang lebih 15 lelaki.

Ketiga-tiga mangsa merupakan peniaga dan seorang yang dilaporkan kritikal sebelum ini, kini dalam keadaan stabil.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan berkaitan hutang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis sebelum ini menahan dua suspek beberapa jam selepas insiden yang berlaku pada 4.30 petang itu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories