the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan lelaki larikan kereta bersama kanak-kanak istimewa

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang melarikan sebuah kereta bersama seorang kanak-kanak lelaki istimewa berusia lima tahun dalam satu kejadian di Masjid Kampung Banggol, Pokok Sena, Tasek Gelugor, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata dalam kejadian sekitar 8 malam, pengadu yang juga bapa kepada kanak-kanak tersebut telah meninggalkan kenderaan jenis Honda BR-V dalam keadaan enjin masih hidup di kawasan parkir masjid berkenaan bagi memujuk anak perempuannya yang berusia setahun.

Beliau berkata seorang individu yang tidak dikenali mengambil kesempatan melarikan kenderaan tersebut bersama kanak-kanak itu dan bapanya berusia 41 tahun cuba mengejar tetapi gagal.

“Sekitarpukul 3.45 pagi ini, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berjaya mengesan kenderaan terbabit di sebuah stesen minyak R&R Behrang, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan dengan suspek ditemui sedang tidur dalam kenderaan itu dengan enjin masih hidup.

“Apabila diminta membuka pintu, suspek enggan dan cuba melarikan diri dengan mengundurkan kenderaan sehingga melanggar kenderaan polis yang berada di belakangnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata susulan itu, polis terpaksa memecahkan tingkap kenderaan dan suspek cuba melawan semasa tangkapan dilakukan. Bagaimanapun, polis berjaya menahannya serta menyelamatkan kanak-kanak tersebut tanpa sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan mendapati suspek, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun, mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan 10 kes berkaitan dadah, termasuk dua kes dikehendaki serta lima kes jenayah lain,” katanya.

Suspek kini direman selama empat hari sehingga 3 April untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Hamzah menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak meninggalkan anak kecil di dalam kenderaan tanpa pengawasan, khususnya apabila enjin masih hidup.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings