the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan tiga lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika acara larian antarabangsa

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki termasuk dua warga asing bagi membantu siasatan berhubung insiden berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata kesemua mereka berusia lingkungan 39 hingga 70 tahun itu ditahan di sebuah hotel di daerah berkenaan, pada kira-kira pukul 10 malam tadi.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sepasang sari merah, sehelai skirt merah, tiga keping kadbod berwarna perak dan sebatang tombak tiruan berwarna perak yang dipercayai dijadikan pakaian dan aksesori mereka semasa larian itu.

“Siasatan awal mendapati tindakan yang dilakukan oleh ketiga-tiga tangkapan adalah atas kapasiti individu dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang dianjurkan.

“Hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek negatif daripada sebarang jenis dadah dan mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan yang menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

“Siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis dan menggugat ketenteraman awam.

“Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kejadian di talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi 07-8831222 atau bilik gerakan 07-8831221,“ katanya.

Semalam, media melaporkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa acara tersebut bukanlah anjuran mana-mana agensi kerajaan di negeri ini dan kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam.

Onn Hafiz dipetik berkata Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab menganjurkan acara yang menggugat kedaulatan agama Islam di Johor.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi tujuh saat serta beberapa keping gambar program larian yang disertai peserta berpakaian tidak senonoh, termasuk persembahan tarian di sebuah hotel.”

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Riau Complex sets a new standard for employee living, supporting Asia Pacific Rayon’s workforce...

Asia Pacific Rayon highlights the Riau Complex as a model employee township, combining housing, education, healthcare and recreation within a self-sustaining community. The integrated development supports workforce wellbeing, talent retention and long-term industrial growth while fostering a strong multicultural environment.

RICOH brings AI beyond concept through real-world operational applications

The showcase comes amid a broader push towards industrial automation in Malaysia, particularly under the New Industrial Master Plan 2030, which aims to develop 3,000 smart factories through automation, AI, and other advanced technologies.

SIM GE prepares graduates for Singapore’s evolving workforce

In a labour market shaped by rapid industry transformation and evolving skills demands, the link between higher education and employment outcomes has become a key consideration for students and families evaluating their education pathways.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings